Memindahkan imej dan kategori Bantuan:Memindahkan_laman

Imej hanya boleh ditukar namanya oleh penyelia. Sekali lagi, anda perlu meminta bantuan mereka. Bagaimanapun, sekiranya fail tersebut berada di Wikimedia Commons, anda perlu meminta bantuan di Commons:Commons:File renaming.

Kategori tidak boleh dipindahkan, jadi anda perlu menyalin maklumat dalam laman kategori lama dan masukkannya dalam laman kategori baru. Kemudian tukar semua laman dalam kategori lama supaya kini berada dalam kategori baharu. Anda kemudian ada dua pilihan, sama ada meletakkan templat {{Pengalihan kategori}} dalam kategori lama atau meminta penyelia menghapuskannya, bergantung kepada keadaan. Ini sangat memakan masa dan hanya patut dilakukan sekiranya ada sebab bagus.